Isnin, Disember 21, 2009

UiTM oh UiTM..

Kenape dengan UiTM???? Mesti tertanye-tnye kan tak pun ade yang dah dapat agak dah ape yang berlaku. Hari ni aku comfius sikit dengan U ni. Untuk pengetahuan korang ari ni merupakan ari pendaftaran class bagi semesta Disember 09-April 10. Semue ni di lakukan secara online. Jadi pe yang aku tak puas hati sangat ni???

Yang menjadi masalahnye sekarang ni jadual kelas tak de. Macam mane nak daftar kelas macam ni. Kan nanti dah daftar ade kelas yang clash plak nanti. Tak pasal-pasal ade masalah lain pulak. Tak penah-penah lagi sebelum ni jadi macam ni. Tak tahu lah kot nanti 2,3 ari lagi kelua kot jadual 2. Mintak2 lah....

Aku rase kan sekarang ni U tengah kelam kabut sikit. Macam-macam masalah yang berlaku. Terbaru yang aku dengar 10 orang student dari cos dip aku dulu kene extant sebab masalah dari sistem U. Bayang kan die orang tengok slip exam ade subject yang die org fail padahal subject 2 x de pun dalam slibus. Ni menyebab kan die orang tak dapat nak sambung degree sbb kat slip 2 tulis belum tamat pengajian lagi. Sekarang ni dengar-dengar pihak U tengah meeting pasal ni. Harap-harap masalah ni dapat diselesaikan. Kesian kat student yang terlibat 2.

Mase nak cek result exam baru-baru ni pun masalah yang sama setiap semesta terjadi lagi. Web U tak leh nak excess disebabkan oleh jumlah pengunjung yang terlampau ramai. Kene refresh page berulang-ulang kali sampai naik bosan baru dapat excess. Klu macam 2 ok lagi yang member aku ni dok tunggu 1 ari pun tak leh-leh lagi. Aku heran lah dengan pihak U ni x de alternatif langsung nak atasi masalah ni padahal masalah ni boleh dikatakan setiap semesta berlaku. Ape salahnye kalu die orang sediakan 1 link alternatif untuk masuk ke student portal bukan hanya di page untuk tengok result. U patut contohi web PTPTN yang ade link alternatif ke web die orang. Walaupun pengguna untuk web die orang tinggi tapi dapat di excess dengan mudah walaupun x terlalu mudah jugak.huhuhuhu...

Kesimpulannye pihak U hendaklah cari care untuk mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan. Ditambah pulak dengan matlamat pihak U untuk menambah lebih ramai lagi student pada masa hadapan. Pihak U perlulah membuat persediaan untuk penambahan ini dari setiap segi..:)

0 ulasan: