Ahad, Jun 20, 2010

~~Kerap kentut~~

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon.
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber;

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’.

kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut.

p/s: artikel ni daripada berita harian bahagian kesihatan. Wlaupun benda ni memalukan tapi sebenarnya byk kelebihannya..

Sabtu, Jun 19, 2010

~~DBSK & Super Junior~~

Baru-baru ni sedang aku dok godek2 folder music in my laptob, aku ternampak lah satu folder yg dulu merupakan antara folder paling popular yg akan aku layan setiap kali on laptob, iaitu folder known as korea. Dalam folder ni ade semua khazanah korea termasuklah DBSK and super junior ni.

Aku stat suke DBSK ni bile aku tengok klip video die kt laptob sepupu aku. Sejak 2 pulak aku yg jadi pengikut setia. Boleh dikatakan semua video n lagu DBSK aku ade. Pernah 2 beli majalah semata-mata sebab DBSK ni jdi cover. Tapi sekarang ni aku dah kurang sikit dah follow group ni. Rasenye sebab tak de geng kot. Dulu mase dip ade jgak geng. So, now aku dok layan lagu2 lme die je lh.

Super Junior ni aku diperkenalkan oleh salah seorg member aku time dip dlu. Kira change lah, aku kenalkan DBSK kat die org, member aku 2 pulak kenal Super Junior kt aku. Super Junior ni bg aku pelik sikit sebab die pye ahli 2 ramai, sampai 12 org. Lepas 2 pulak kalu tengok die org menari..fuhh..best!!..huhuhu..Lepas 2 pulak die org ni hapening gile, kire fun lah. Huhuhu..

Video super Junior:






Video DBSK:






p/s: rase macam nk menari mcm die org je..huhuhuhu..:P

Ahad, Jun 13, 2010

~~Selagi ada rindu~~

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia




p/s: mule2 aku igt kn lagu ni artis indon pye tpi rupe2 nye artis tempatan. Artis bru tpi sebelum ni komposer, Pak Long. lagu ni bes lah jgk tpi aku rse ye popular sbb klip video kntroversi kt you tube.

Selasa, Jun 08, 2010

~~sukma vs piala dunia~~

Fenomena sukan yg melanda sekarang ni, Sukan Malaysia (sukma) Vs Piala Dunia. Sekarang ni kat mne2 je org akan cakap pasal piala dunia (walaupun x thu pe2) huuhu..Klu tgok kt tv pnuh dgn iklan psal piala dunia sampai kn cite2 pun psal bola je skrg ni. Kadang2 2 rse bosan pun de tngok nk2 kte ni x lh seberape minat n ambik thu psal bola. Tpi pling suka tngok jersi bola..comel jah..nk2 belanda sbb jersi die org gne my favorite color..ORANGE!!!..huhuhu

Dengan tinggal lg lebih kurang 3 ari nk mula (11 jun - 11 julai), kt Afrika Selatan, sekarang ni dh rmai kaki2 bola tengah plan nk tengok kt mne, mcm mne, team mne yg akan menang. Nti akan mula lh fenomena demam bola. Ade lh ponteng g kerja, kelas..huhhu..Macam aku, aku akn follow je psukan mne yg best tpi in my heart tetap BRAZIL..huhuhu..Pe2 pun kte tgok lh nti bila sepak mula bermula ^_^


SUKMa..or nme lainnye Sukan Malaysia yg akan dilangsungkan di Melaka pd 10-19 jun 2010. Tpi disebabkan oleh piala dunia, promosi untuk sukma ni sedikit tengelam dri thun2 sebelumnye. Sukan ni menampil kan semue belia2 dri seluruh negeri masing2 bertannding utk menaikkan negeri masing2. Mcm aku, aku tetap sokong TERENGGANU. Terengganu kite kn. Tpi klu dalam game archery lak aku skong Pahang. Why aku skong Pahang? Team archery Phg kebanyakkan nye bdak2 UiTM Jengka Phg n kwn aku pun ade. 2 semngat sokong 2..huuhuhu..

Aku hrap byk lh siaran langsung utk acara sukma ni kt tv, jangan dok tyang piala dunia je sampai lupa sukan yang berlaku kt negara sendiri..^_^


p/s: maju lh sukan untuk negara..