Rabu, Mei 25, 2011

post ke 89: a new one

Blog ini akan berwajah baru, semangat baru, semua baru...

Nantikan kemunculannya...hahahaha

Selasa, April 05, 2011

..Garden of fantacy..

Baru-baru ni my cos telah mengadakan dinner bertama kan " an evening full of elegance in the garden of fantacy". Ni ade lah kali pertama aku pegi dinner utk degree. Klu time diploma setiap sem pegi. Kte org pegi adalah sebagai tanda supporting kt kwn2 part yg terlibat menguruskan dinner ni. Majlis ni diadakan di Intekma Resort. Ni antra gmbrnya:






Suka sgt tgok gambar ni...my friend yg gorgeous ^_^

Sabtu, April 02, 2011

..i'm not pro...

I'm not pro, but i love to shoot...
I'm not pro, but i love editing picture....

Before this:





Now:







Ahad, Mac 27, 2011

..Sabar menunggu...

Status:
Masih menunggu kehadiran si dia..mybe migu dpn bru die datang..dh x sabar rasa nk jumpa si dia..tpi lps 2 mybe aku akan ikt perut..duit dh tinggal ckit je ni...x pe lh, asalkn aku dpt si dia..

Sidia..



Tajuk : Denyut Kasih Medik
Pengarang : Dr Farhan Hadi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : Rm 23 (sem. m'sia) Rm 25 (sabah/swk)
Mukasurat : 390 m/s.


Alkisah:
Denyut kasih medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja,ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat dengan impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang cukup membina, Denyut kasih medik.

Selasa, Mac 08, 2011

..450ml..

Ari ni 450ml telah dikeluarkan dari badan aku. Ape yang 450ml 2???..jeng2jeng..450ml yg amat berharga buat sesiapa yang memerlukannya. huhuhu..

Sebenarnya selepas kelas b.arab pagi tadi, aku telah singgah ke tempat derma darah di koridor menara berdekatan dengan pos office. Niat dihati just nak cuba nasib itu pun selepas kawan yang ajak. Die excited ajak sebab die x dapat nak derma sebab masalah kesihatan. So, menapak lah aku pergi kekawasan derma darah 2. Derma darah ni anjuran Pusat Darah Negara. Tengok2 x ramai pun yang derma darah. Mase dok isi borang hanya ada 3 orang saje yang tengah derma darah.

Selepas pemeriksaan, darah aku ade lah jenis o+. Aku dah tahu darah o sebab sblm ni pun dah pernah derma and pnah buat experiment detect jenis darah cuma lupa + tau -. Bila tanya akak yang bertugas cek darah 2 die ckp klu orang cek darah ckap darah o 2 maksud die o+. klu darah o- die akan cakap o-.

Yang kelakar mse nk periksa blood pressure. 3 kali periksa bru orang 2 puas hati. Aku pun x thu knp sbb mls nk tnye. huhuhu. Time msuk kan data bru igt buku derma darah x bwk. Rugi btul. Yelah x expect pun nk g derma kn. Jdi org 2 bg kad letak dlm buku 2 nti.

Bila time nk derma 2, 3 org yg sblm aku still lg x siap derma. Duduk kt kerusi derma 2 bru rse debar2 ckit. Huhuhu. Tpi respect ah kt nurse yg cucuk jrum 2 sbb x rse skit pun. Igt dlu mse kt jengka rse skit mse jrum 2 cucuk. Almaklumlah, jarum die kn besar ckit dri jrum biase. Bila tgok darah kelua, wah!!! pekat jgk darah aku ni eh, laju je klua.

Ade lah dlm 10 minit kemudian nurse tdi dtg blik kt aku, igt ke de pe2 yang jdi rupenye darah aku dah penuh dalam die punye package 2. Eh, skejap nye. Rse mcm bru je nurse 2 cucuk tdi..huhuhu. Tgok 3 org yg derma sblm 2 x siap2 pun lg. Dah lps derma ni part yang pling seronok ni. Dapat mkn free. huhuhu. Kat situ die bg air milo, air kotak, biskut 2 and roti 1. ok lh kn...Lpas 2 aku pun beredar ke library plak...



p/s: Alhamdullilah dapat lg peluang melakukan sumbangan kepada yang memerlukan. Walaupun tak dapat buat dengan wang ringgit tpi hanya dengan cara ini lah yang aku terdaya.

.....Aku darah o, universal donor tpi misalan klu aku perlukan darah o, x semue darah aku bleh accept...

..Dimuliakan ilmu..


Ilmu itu cahaya,
Gelap hidup tanpanya,
Teraba-raba sendiri,
Dalam kehinaan diri,
Biar apa situasimu,
Muliakan diri dengan ilmu.

Sabtu, Mac 05, 2011

Tautan hati & syabab musafir kasih

..Tautan Hati..



Puas ku rayu, puas kuseru,
jawapanmu tetap yang dulu,
oh, sukarnya menagjakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
aku kan terus menyerumu,
pada yang satu.
Kugenggam kukuh satu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukna penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
itu tugas rasul-Mu,
akan kuteruskan semampuku,
hinnga hujung waktu.


..Syabab Musafir Kasih..



SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan,
Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangat mu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu dihadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh, SYABAB.

Dua buah novel yang baru habisku baca. TAutan hati dan Syabab musafir kasih. Novel ni dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru. Novel islamik yang byk memberi pegajaran berkenaan kesabaran, tidak mudah putus asa, hubungan persahabatan, perjuangan islam dan jgk ketaatan kepada perintah Allah.

P/S: Kalau ada yg brminat utk mendapatkannya boleh lh tempah di Facebook siddiqqalbu..pegedar bahan bacaan ilmiah.

Selasa, Februari 22, 2011

Jimba2 at Bukit cerakah - final

Ari 2 dh cite dh pengalaman mse kt bkit cerakah..2 part 1 skrg ni smbungan die...

Dri Taman Cendawan kte org jln kaki ke Kampung Idaman. Kt sne terdapat contoh2 rmh tradisional yg terdapat kt Malaysia ni. Antranya rmh Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor and sudah semestinya Terengganu pun ade. Hahhaa. Rmh2 ni phak tman sewa kn sebagai chaletkpd sesiapa yg berminat utk bermalam. Rsenye klu x silap kdar sewa 2 500 igit ++ rsenye. Kt stu pun ade dwn. Jdi sesuai utk buat xtviti mcm kem motivasi…^_^ ..

Dri Kampung Idaman kte org pun berjalan lg ke Danau Perikanan. Bas yg disediakan tidak pergi ke kg idaman n danau perikanan jdi kte org kne lah jln kaki. Kt Danau perikanan ni x de pe yg menarik sgt cume terdapat tasik yg penuh dgn ikn. Sunguh! X tipu sbb dpt nmpk ikn2 brenang dri tepi tsik 2. Kt sni ssuai utk sesiapa yg nk buat xtiviti bbq n memancing. Xtiviti memancing kt sni hanya dibenarkan pd ujung migu n cuti umum shj. Ini untuk memelihara jumlah ikan yg terdapat dlm tasik yg terdapat dlm Taman Pertanian. Kt sni kte org x byk posing sgt sbb msing2 dh letih. Huhuhu.

Next station ialah Taman Haiwan. Terdapat beberapa jni haiwan kt sni, x byk sgt. Cnth mcm brung kakak tua, musang, kuda and landak. Lps 2 kte org jln balik ke pjbt utama taman. Ni sbb member2 x puas hati sbb x dpt naik basikal. Die org nk jgk naik. Jdi kte org bajet dh rmai org anta basiakal 2 sbb time 2 pun dh tghari. Nk pkul 1 dh. On the way 2 kte org singah kt sawah padi kt situ. Ni sbb ade sorg kwn aku ni nk thu sgt pkok padi 2 mcm mne rpenye. Tpi mse 2 x byk pkok padi yg ditanam tpi kte org dpt tgk padi yg tgh dijemur utk dikeringkan.

Lps 2 kte org pun jln menyelusuri pkok2 yg trdapat kt situ. Sekali terjumpa pokok jambu lh. Dh lh byk buah. Besar2 n sdg elok masak. Pe lg kte org pun brangan2 lh nk ambik buah 2 tpi msalahnye pkok2 2 tingi. Tpi kte org brnasib baik sbb pak cik indon yg tgh bkerja kt kwsn 2 bg kte org galah. Pe lg x igt dunia lh kte org menjolok buah2 2. Antarnya jambu yg kt kg aku pngil “Jambu Keling” n jambu air. Dalam kte org dok jolok2 buah 2 kte org x sedar ade seorg pengunjung 2 dok snap2 aksi kte org. fames skjp..hahaha..org lain x buat tek pun..hahaha..byk jgk buah yg kte org dpat sampai nk pnuh beg.

Lpas 2 kte org pg sewa bsikal. Akhirnye dpt lh naik basikal. Tpi kali ni kte org x lalu jln yg sme tpi pg ke taman buah-buahan plak. Perjalanan yg sunguh mencabar. huhuuh. Time trun bkit laju je msing2 bwk tpi ble naik bkit,,,,hehehe,,,siap tolak lg bsikal 2. Kte org melalui kwsan skyhigh..tgok mcm best je. Lain kli msti nk cuba jgk. Kt tman buah, ade byk pkok2 buah mcm ciku, durian, jmbu, belimbing, mempelam dan lain2. Tpi kte org x smpt nk merasai buah2 sbb msing2 dh pnat. Tpi dlm pnat2 2 sempat lg brgmbr kt tmn kaktus..hahahha.

Lps dri tman buah kte org perpatah balik ke tmpt sewa bsikal. X sempat nk pg ke menara ke bukit cerakah. X pe lain kli pg nk cycling shj ke menara 2. Menara di atas bkit yg org ckp boleh nmpk 1 bndr S. Alam. huhuhu. best 2 ...Sblm blik kteorg smpat lg naik bas keliling tman 2 lg skali. hahaha. Ambik angin org ckp. Kte org klua dri tman dlm dkt2 pkul 5. Mmg berbaloi ah rse byr 3 ingit 2...hahaha.

p/s: rse nk pg lg lain kli tpi kli ni nk brbasikal shj ke menara bkt cerakah.

Ahad, Februari 20, 2011

Jimba2 at Bukit Cerakah - part 1

Berjimba2???...hehehe..Tentu x paham ape itu jimba2 kan..hahaa..Jimba2 itu dalam erti kata lain adalah pergi berjalan2/bersukaria/membuang masa. Perkataan ini menjadi trademark aku dan kwn2 disebab kn lecturer genetic dieorg. Dari situ lh kteorg thu perkataan jimba2 ni..hehehe..^_^V

Rancangan utk berjimba2 kt Taman Pertanian ni dah lme dh kte org rancang tpi bru ujung migu ni jdi keyataan. Ni sebab ujung migu 2 smue ade kt blik, mne2 yg rjin g dating 2 pun cancel dating sbb nk g berjimba2 bersama. Thank kpd sesiapa yg berkenaan 2 eh…hahaha.

Ari sabtu 19/2 awal kte org bgun, klu x x de nk bgun awl2 ni time ujung migu mcm ni. Siap2 kte org brtolak ke Taman Pertanian 2 lbih kurang dalam pkul 9.30 am dgn taxi UiTM. Tambang setiap seorg 3 ingit, kte org berlima jdi dpt lh pakcik taxi 2 15 ingit. Sampai2 kt Taman Pertanian 2 tgok parking kt luar nk pnuh dh, ni msti rmai org ni. Tiket msuk 3 ingit seorg utk dewasa, kanak2 x igt dh berapa, singit kot..huhuhu.

Masuk 2 tmpat yg pertama yg kte org terjah ia lh tempat sewa basikal. Ni sbb menber2 semua nk naik basikal. Pergi2 tgok org rmai kt luar tmpt basikal 2. Rupa2 die org dok tngu basikal sbb bsikal dh abih. Jdi kte org pun cancel lh nk naik basikal trpaksa lh naik bas yg disediakan. Bas yg disediakan adalah free n jnis yg open mcm 2. Mse dlm bas 2 pun kte org dh byk snap gmbr n posing sane sini..huhuhu.







Kte org dibawak mengelilingi taman 2 sampai ke empangan. Tpi x ingat dh name empangan 2 ape. Sampai kt sne, aku pun ajak member2 trun. Mse kt sni kte org dpt bg mkn kpd ikn yg dipelihara dlm sangkar kt empangan tersebut. Mkanan ikn 2 free n ambik je sbyk mne yg nk. 2 yg best 2. Kt tempat 2 ade jgk bela ikn hiasan yg cantik2, tye lh pakcik yg jga kt situ bleh x bli ikn2 kt situ tpi pakcik 2 ckp x jual. Terkilan jgk rse sbb ikn kt stu cantik2..:( Ni antra gambar2 mse kte org kt stu.







Dari empangan 2 kte org naik bas lg. Ingat lps 2 nk singah kt Perkampungan Budaya tpi bas yg bwak kte org 2 x singah . Penat laung dkat pak cik bas 2. Mybe die x dgr kot. Klu x dpt tgok tmpt 2 mcm mne, posing2..huhuhu..Aku nk sgt singah kt stu sbb nk tgok lbih dkt tmpat video khwin yg aku suke sgt tgok dilakukan. Die org buat mjlis khwin 2 kt sne. Ni video khwin 2:



Last2 kte org brenti kt Taman Cendawan. 2 pun dh puas sruh pak cik 2 brenti. Dh lh loceng bas 2 x berfungsi. Kt situ kte org naik kt atas menara yg trdapat kt situ. Menara 2 ade 3 tingkat n klu nk di banding kn ade lh mcm bngunan 6 tingkat. Mcm2 cre kte org posing kt situ n mcm2 rgam org dpt tgk. Ade sorg mmat cina 2 mengigil2 nk trun sbb gayat. Member pun ade jgk yg gayat. Die ckp klu pegi lg dh x nk dh naik atas menara 2. Tpi pe pun pemandangan dri atas menara 2 mmg cantik. Dri situ dpt lihat rmh empat musim. Tpi mse kte org pg Taman Pertanian 2 rmh 4 musim ditutup utk kerja2 peralihan dari musin salji ke musim bunga.










Sampai sini saje dulu. Nti sambung lg utk bhagian ke 2. Time kt Kg Idaman, Danau perikanan n Taman Haiwan.

p/s: ujung migu ni rse nk pg lg..kli ni nk cycling ke menara tinjau bukit cerakah lak..hahahaha ^_^V

Sabtu, Januari 01, 2011

[suarahati] suterakasih: 1012011

[suarahati] suterakasih: 1012011

1012011

SELAMAT TAHUN BARU


Hari ini dah msuk 1.01.2011. Terasa baru je semalam sambut tahun baru untuk 2010. Cepat je mase berlalu. Tahun bertambah tahun, umur pun makin bertambah. huhuhu. Semalam kira hari ini dalam sejarah lah sebab aku g tengok bunge api secare live. Selama ni tengok kat tv je. huhuhu..

Sambut thun baru 2 kt icity. First time pgi lps nk msuk icity kne byr.huhuhu. Nasib smlm x kne byr. huhuhu. Byk jgk lh xtivity kt icity 2, dgn silat gayung, pertunjukan, konsert, tpi elyana je yg ade :(, dpt tgok tv3 buat siaran langsung dri sne..kire ok lh 2 kn..huhuu..Penuh sesak kt sne tpi nsib baik kte org pg jln kaki je dri pst komersil so kire nye kte org x trsekat dlm jem lh.huhuhu


Ni gmbr yg diambil oleh spupu yg skrg kt German.

Sblm 2 g mkn kt kfc dlu jap, isi perut lu. Bila dh lme x pg mkn kt kfc 2 bru perasan ade bnde bru kt kfc. Skrg ni semue sos2 dh jdi mcm kt mcd. Kne ambik sndri. Rsenye die org dh thu kot rmai org curi btol sos die org. Trmsuk lh aku skali yg kdang2 suke gak ambik.hahaha

Baru2 ni team bola sepak Malaysia telah memenangi piala AFF. Tahniah utk die org. Kirenye ni mcm hadiah thun bru.huhuhu. Aku x puas hati dgn Indonesia yg x dapat nk terima kekalahan dieorg sampai kn pemain2 Malaysia kne ugut. Pe2 pun tahniah untk dieorg, kekal kan semangat ini n menang lebih byk kejohanan.

Tahniah Malaysia.

Akhir tahun lps keluarga aku jgk telah menerima ahli bru. Nor Ain Natasya. Kirenye sepupu aku yg pling kcik lh ni. Makin rmai koleksi spupu2 aku. Selamat dtg aku ucapkan utk Nor Ain dlm fmily kmi. (^_^)


Nor Ain Natasya

Thun bru kne psang azam bru kn? Tpi aku rse msih dgn azam thun lps yg bru trcapai separuh. Hrap2 thun ni akan dpt memenuhi azam trsebut. (^_^)V

P/S: to all my friends, salam tahun baru di berikan.

Ahad, Disember 12, 2010

Doaku..

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…





p/s: semoga yang diimpikan jadi kenyataan..

Khamis, Disember 09, 2010

Bruno Mars - Just The Way You Are




Kenapa aku suke lagu? Kenapa aku suke klip video die?....Aku suka lirik lagu ni. Bertuah perempuan itu. Klip video die pun best..suke part yang gambar gerak2 dri kaset..live je tgk de 2..pe2 pun vidoe klip ni mmg best lh....

Khamis, Disember 02, 2010

::.Adakah handphone korang ok or tetttt.::


Cara nie boleh digunakan untuk semua jenis telefon. Taipkan code berikut :-

type *#06#

After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:

exmple: 43 4 5 6 6 1 0 6 7 8 9 4 3 5

that is IMEI no..


  1. - IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was Assembly on Emirates which is very Bad quality :(
  2. - IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it is manufactured in Germany which is not bad
  3. - IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it is manufactured in Finland which is Good
  4. - IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality ... make sure your hphone is under this no.
  5. - IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was Assembly on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!

p/s: dh try n my phone is 00...so it's the best...(^_^)V,try jgn x try...

Isnin, November 29, 2010

::.kalau dah cinta.::

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



p/s: di dalam lubuk hati ku hanya ada kamu yang aku mahu...

Khamis, November 11, 2010

.:laptop pun ada jantina:.

Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...

so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe



buat je step kt bwh ni...



1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"



2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs



3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."



Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....



huhuhuu.....mcm2 kn...aku pye pmpuan..hahhahaa

Khamis, Oktober 28, 2010

[renungan] bila kecik, bila besar

Selasa, Oktober 19, 2010

~Pasrah Segalanya~

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


Album :
Munsyid : DeHearty


Sabtu, Oktober 16, 2010

~Khas untuk seorang wanita~



p/s: Adakah kekasih anda begini?????

~kekasih ~



Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu