Memaparkan catatan dengan label NOVEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOVEL. Papar semua catatan

Ahad, Mac 27, 2011

..Sabar menunggu...

Status:
Masih menunggu kehadiran si dia..mybe migu dpn bru die datang..dh x sabar rasa nk jumpa si dia..tpi lps 2 mybe aku akan ikt perut..duit dh tinggal ckit je ni...x pe lh, asalkn aku dpt si dia..

Sidia..



Tajuk : Denyut Kasih Medik
Pengarang : Dr Farhan Hadi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : Rm 23 (sem. m'sia) Rm 25 (sabah/swk)
Mukasurat : 390 m/s.


Alkisah:
Denyut kasih medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja,ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat dengan impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang cukup membina, Denyut kasih medik.

Sabtu, Mac 05, 2011

Tautan hati & syabab musafir kasih

..Tautan Hati..



Puas ku rayu, puas kuseru,
jawapanmu tetap yang dulu,
oh, sukarnya menagjakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
aku kan terus menyerumu,
pada yang satu.
Kugenggam kukuh satu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukna penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
itu tugas rasul-Mu,
akan kuteruskan semampuku,
hinnga hujung waktu.


..Syabab Musafir Kasih..



SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan,
Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangat mu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu dihadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh, SYABAB.

Dua buah novel yang baru habisku baca. TAutan hati dan Syabab musafir kasih. Novel ni dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru. Novel islamik yang byk memberi pegajaran berkenaan kesabaran, tidak mudah putus asa, hubungan persahabatan, perjuangan islam dan jgk ketaatan kepada perintah Allah.

P/S: Kalau ada yg brminat utk mendapatkannya boleh lh tempah di Facebook siddiqqalbu..pegedar bahan bacaan ilmiah.

Ahad, Disember 20, 2009

Novel



WARNA HATI
karya~Meen Zulaikha



YANG SEBENARNYA
Karya~Aisya Sofea


SENTUHAN CINTA
karya~Haiza Najwa


SEMUSIM RINDU
karya~Aleya Aneesa


LAFAZKAN CINTAMU
Karya~Aida Adriani


ADA CINTA DI HATI
Karya~Emma Maizura


KALIMAH JIWA
Karya~Haiza Najwa


Ini antara novel yang aku bace time cuti sem ni. Ade yang best ade yang tak best. Tapi boleh dikatakan novel sekarang ni tak seberape best sangat. Kebanyakan cite yang ditulis lebih kurang same and ade yang ditiru dari novel-novel terdahulu. Walau bagaimana pun, ade jugak novel yang best. Kat atas ni antara novel yang boleh lah dibace tak kala kebosanan. Semusin rindu, Yang sebenarnya, Warna hati antara novel yang best.